twitter
rss

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk tekni k yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya, kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Konstruktur Yang Ditaksir

Perkembangan Fizikal dan Estetika

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

  • Kemahiran motor halus
  • Kemahiran motor kasar
  • Kemahiran menjaga kebersihan diri
  • Mengamalkan tabiat pemakanan yang berkhasiat
  • Kemahiran menjaga kebersihan persekitaran
  • Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit
  • Pengetahuan tentang sumber bahaya



asnizar.blogspot.com

Tajuk : Amalan kebersihan tempat dan peralatan

Cadangan masa
60 minit

Tunjang utama
Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard pembelajaran utama

(PFK 4.1.6) Membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan

Standard pembelajaran lain yang disepadukan

(BM 2.1.3) Berbual menggunakan bahasa mudah dengan sebutan yang betul

Objektif pelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat : i) mengetahui cara membersihkan peralatan yang telah digunakan

Kemahiran utama
Membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan

Alatan dan bahan
Crta bergambar, alat membersihkan tempat dan peralatan


Langkah pengajaran:
  • Guru menunjukkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan yang kotor dan tidak kemas seperti pinggan mangkuk yang kotor berlonggok, alat permainan yang kotor, lantai yang kotor. Guru meminta padangan murid tentang gambar yang dipamerkan.
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang kenapa kita perlu menjaga kebersihan peralatan dan tempat tinggal serta bagaimana cara untuk membersihkannya.
  • Guru menjelaskan kepada murid-murid tentang aktiviti yang akan dijalankan
  •  Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
  •  Guru meminta murid untuk membersihkan peralatan seperti:
    • Pinggan mangkuk
    • Sudu
  • Guru meminta murid menyatakan semula mengapa kita perlu menjaga kebersihan peralatan yang digunakan. 








asnizar.blogspot.com

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru prasekolah bagi menyusun pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Menurut Cummings (1989), pengajaran bertema adalah pendekatan yang paling kompleks dan  komprehensif, berbanding dengan pendekatan yang lain.

Apakah pengajaran bertema?

Menurut Kostelnik (1989), 'theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea'. Machedo (1989), menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu.
Pendekatan bertema adalah suatu pendekatan yang menyeluruh dan dapat merangkumi aspek tunjang pembelajaran yang luas.


asnizar.blogspot.com

Pendidikan Prasekolah Malaysia memberi tumpuan kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran imi, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membuka minda mereka.

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini penting kerana:
  • Tema yang dupilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/tunjang yang berlainan.
  • Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.


asnizar.blogspot.com

MATLAMAT

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:

  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik;
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi; 
  • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya   sebagai bahasa kedua;
  •  Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
  • Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
  • Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


asnizar.blogspot.com

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang,
gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.

Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikulum, komponen-komponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid. Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kurikukum Prasekolah disediakan. Kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah.

Walau bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak, prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).


asnizar.blogspot.com