Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru prasekolah bagi menyusun pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Menurut Cummings (1989), pengajaran bertema adalah pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif, berbanding dengan pendekatan yang lain.
Apakah pengajaran bertema?
Menurut Kostelnik (1989), 'theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea'. Machedo (1989), menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu.
Pendekatan bertema adalah suatu pendekatan yang menyeluruh dan dapat merangkumi aspek tunjang pembelajaran yang luas.